Dapatkan e-kamus untuk kegunaan anda sekeluarga!
 

Sejarah e-kamus

Versi Nusantara (2000)
Versi 4.02 (2001)
Versi 5.01 (2002)
Versi 5.01 Edisi Profesional (2002) Cetakan Pertama
Versi 5.01 Edisi Profesional (2004) Cetakan Terbaru

E-KAMUS (KAMUS ELECTRONIK)

e-Kamus merupakan perisian perkamusan dwibahasa yang dibangunkan khusus untuk memudahkan pengguna komputer yang sentiasa merujuk kepada kamus buku sebagai bahan rujukan bahasa. Ia dilengkapi dengan pelbagai teknik pencarian bergantung kepada cara penggunaan, bersesuaian dengan kemajuan teknologi perkomputeran pada hari ini :

1) Pencarian biasa.
2) Pencarian dengan simbol (*).
3) Pencarian dengan simbol (?).
4) Pencarian dengan fungsi automatik.
5) Pencarian dengan kaedah “DOUBLE CLICK”.

e-Kamus juga dibekalkan dengan beberapa fungsi tambahan bagi meningkatkan lagi kualiti e-Kamus agar setanding dengan perisian lain yang ada di pasaran. Ia juga mampu menambahkan keupayaan e-Kamus di mana perisian ini bukan saja untuk mencari makna perkataan dengan lebih efektif, malah ia juga lebih interaktif dan bermanfaat.

Di antara fungsi-fungsi tambahan yang disediakan di dalam e-Kamus ialah:

1) Penyemak ejaan bahasa Melayu
2) Corak Tetingkap e-Kamus

e-Kamus telah melalui pemeriksaan yang rapi oleh pengguna di mana perisian ini diuji dengan penuh teliti bagi memastikan ia memenuhi ciri-ciri aplikasi WINDOWS 2000 yang standard serta diperakui boleh dipasang dengan WINDOWS 2000. e-Kamus juga menggunakan teknologi WINDOWS yang terbaru untuk menjamin penggunaannya yang konsisten, lebih dipercayai dan mempunyai aplikasi yang mudah diurus di dalam sistem operasi MICROSOFT yang terbaru.


BERITA E-KAMUS
Naik taraf Penyemak Ejaan Bahasa Melayu
Bermula 1 Disember 2004, ALAF TERAS telah memulakan program naik taraf Penyemak Ejaan Bahasa Melayu bagi memenuhi permintaan pengguna e-Kamus. Pada awalnya, penyemak ejaan yang diberi secara percuma ini hanya mengandungi lebih kurang 23, 000 perkataan sahaja.Kini ia mengandungi lebih 70,000 perkataan dan ia akan sentiasa dinaik taraf agar ia menjadi antara penyemak ejaan yang paling efektif digunakan.

Pembangunan e-Kamus Versi Bahasa Arab
Sebagai memenuhi keperluan masyarakat Islam khasnya, ALAF TERAS membuka lembaran baru 2005 dengan pembangunan e-Kamus versi Bahasa Arab yang mengandungi tiga bahasa iaitu Bahasa Arab-Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris yang bermula 1 Januari 2005. Ia dijangka siap selewat-lewatnya Mei 2005 dengan penampilan baru serta penambahan fungsi yang lebih menarik seperti ‘Jawi Editor’.

SCREEN SHOOT

ANTARA SOALAN YANG SERING DITANYA

Berapa banyakkah kandungan e-Kamus dan dari mana sumbernya?
e-Kamus sebenarnya hanya dilengkapi lebih 40,000 kata pencarian, terdiri daripada kamus Inggeris-Melayu dan Melayu-Inggeris yang dibuat oleh bahagian data kamus ALAF TERAS. Namun dengan kiriman himpunan kamus daripada para pengguna e-Kamus, kandungan e-Kamus kini melebihi 100,000 kata pencarian yang akan memenuhi keperluan pengguna e-Kamus.

Apakah perbezaan e-Kamus dengan perisian kamus yang lain?
Perbezaan yang nyata ialah dari segi teknologinya di mana e-Kamus menawarkan pencarian makna perkataan menggunakan sistem PENGIMBAS (Double Click) di mana anda boleh memperolehi makna perkataan dalam masa SESAAT. Selain itu, harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan dan dan dijamin keasliannya. Pengguna perisian ini juga akan sentiasa mendapat sokongan teknikal dan informasi mengenai versi-versi terbaru e-Kamus.

Berapakah ruang hard disk yang diperlukan untuk memasang sistem perisian e-Kamus?
Ruang hard disk yang diperlukan ialah 60MB dan 30 MB pula akan digunakan sebagai Virtual Memory ketika e-Kamus beroperasi.Oleh itu anda perlu ada sekurang-kurangnya 100MB untuk memasang perisian ini.

Berapa banyakkah komputer yang boleh dipasang dengan satu cd perisian e-Kamus?
Bagi setiap satu perisian e-Kamus yang berdaftar (original), pihak kami hanya boleh mengeluarkan tiga lesen kod kunci e-Kamus untuk tiga buah komputer, di mana setiap komputer mempunyai kod perisian yang berbeza.Ini bermakna pengguna boleh memasang e-Kamus untuk tiga buah komputer sahaja bagi setiap cd e-Kamus.Ia untuk mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mencetak rompak perisian e-Kamus. Pihak kami juga telah membuat satu kajian di mana kebanyakan pengguna di Malaysia mempunyai minima tiga buah komputer sendiri termasuklah komputer bimbit.

Adakah pemasangan e-Kamus ini mewajibkan pengguna mempunyai talian internet untuk mendapatkan kod kunci?
Tidak sama sekali.Ini kerana tanpa talian internet, pengguna masih boleh menggunakan perisian ini. Talian internet hanya sebagai satu kelebihan di mana proses pendaftaran e-Kamus lebih mudah dilakukan.Selain itu, melalui internet pengguna dapat melayari laman web kami untuk mendapat informasi terbaru khasnya mengenai kandungan dan produk terbaru.

Adakah perisian ini boleh menterjemah satu ayat atau perenggan?
Buat masa ini, e-Kamus hanya boleh mencari makna satu perkataan, sama seperti kamus biasa. Namun di masa akan datang, ALAF TERAS akan melancarkan program upgrade melalui laman web di mana e-Kamus berkemampuan untuk mencari makna perkataan lebih daripada satu ayat secara serentak. Walaupun begitu, ia bukanlah terjemahan kerana ia tidak mempunyai aturan tatabahasa.

Untuk tempahan sila hubungi:
Mohd. Sabri Bin Ismail
Alamat: Kg. Padang Kemunting, 24100 Kijal, Kemaman, Terengganu.
No. Telefon: 013 9078 8145 / 09 868 5001
E-mel: rieonlinekmn@yahoo.com


[Kembali ke atas]

 

 

Copyright © 2004 - 2006 Rie Online Kemaman  

 
Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms