|

Jika kita mencintai seseorang,
kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi
kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk
memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada
kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada
seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu
mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika
kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun
mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin
mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada
mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga
dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan
kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan
kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada
hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan
orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita
harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan
kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan
semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas,
keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi
telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu
tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu
kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala
kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa
bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu
seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan
bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus
membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu
sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu,
tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni
ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada.
Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan.
Kasih orang menaruh harapan.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan
siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi
kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah
sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap
berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti
lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang
sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal
menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak,
jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan
keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci
tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan
ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada
mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut,
pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang
gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati
kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan
alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu
tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang
gemerincing.
Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya
mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia
tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu
berhasrat melukakan hati pasanganmu
Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang
pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai
menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh
mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati
dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan
yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak
menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi
dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu
inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri
yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila
sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan
biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke
mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci
jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi
untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar
diperoleh.
Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi
mudah untuk jatuh berderai
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik
cinta itu tak pernah hadir.
[Kembali
ke atas]
|