|

Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yg
dapat memberi pedoman
kepada
mereka yg menghayati.Keindahan kata-kata itu turut memberi
motivasi dan inspirasi bagi mereka yang menjiwai. Renungilah
mutiara kata-kata ini,agar dapat manfaat darinya...
Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana
ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
Jangan
jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya
adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor
Satu ciuman yang mesra adalah satu ciuman yang
tidak membawa apa apa makna kerana
disebaliknya ia akan membawa kemudaratan,tetapi
satu ciman yang pantas ia nya menyingkap
seribu makna yang tersirat disebalik yang
tersurat......"
KEBAJIKAN ITU LEBIH BAIK DARI WAKTU
Kekasihku,dalam setiap degupan jantungku ada
kasihku padamu dan selagi mana jantungku masih berdegup,selagi
itulah aku kan terus mengashimu.
"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa
adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"
"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada
manusia akanberpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"
Wanita itu sendiri adalah rahsia
Nafsu
mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan
wanita cantik
atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita
cantik atas dasar akhlaknya.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat
sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa
kita ke jalan Allah.
Orang yang bahagia itu akan selalu
menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber
hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya
jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk
beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu
untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan
menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa,
maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu,
maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang
dirasakan manisnya dalam hati...
SAHABAT
YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR,
DAN BUKANNYA HANYA
MEMBENARKAN KATA-KATA.
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama
kaca mata yang bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa"
"Kekecewaan
mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi
rintangan dalam hidup"
"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"
JIKA
ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN
DEMI SAHABAT ANDA
TERSEBUT,
JIKA ANDA BERMUSUHAN
DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH
DEMI PERSAHABATAN
KALIAN.
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu
Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi
Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI,
LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "
WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG
RUSUK
ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAHUNTUK DIPIJAK,
TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA
DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI
DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.
"
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara
biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk
menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu
bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg
kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus
kita fikirkan ialah menerima
sesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan
kenyataan"
" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.
Ia
adalah menguji keteguhan iman seseorang.
Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)
Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan
kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg
mampu memenggal
leher seorang lelaki.
( A.L Alek Wong)
" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita
akan membencinya.
Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita
akan menyayanginya."
"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi
akan pertemuan.
Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"
" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh
naluri atau emosi merupakan
satu cara menyelesaikan masalah yg paling
berkesan"
" Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat
pilihan yang tepat"
" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,
janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang
lain."
" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya.
Maka berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah
raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
" Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila
tercapainya cita-cita maka
dengan sendirinya cinta itu akan hadir"
" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari,
tetapi cinta
jua seringkali dibiarkan pergi bila ia
menghampiri"
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh
mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah
orang yg
mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)
" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya
daripada
harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
(Saidina Ali)
"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan,
dunia hanya
pinjaman dan mati tak berteman.."
" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau
menjaganya maka
ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya
maka ia tidak akan mempedulikanmu"
"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat
menguasai dirinya sendiri"
"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu
penghalang,
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu
lonjatan."
"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya
lakukan,
sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita
miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain
ada."
"Apa yang diperolehi dalam hidup ini,
adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan
padanya."
"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau
akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan
mencapaiyang tertinggi."
"Dunia
ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan
satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan,
cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya
dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia
untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak
pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan
bermakna
jika tidak melakukan perkara yang betul."
"Kecemerlangan
adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik."
"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan
yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil
kecemerlangan."
[Kembali
ke atas] |