|

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Jagalah taqwa kepada Allah, sebab taqwa itu menghimpun segala
kebaikan. dan kerjakan lah jihad sebab ia sebagai pertapaan bagi
ummat islam dan lazimilah dzikrullah dan membaca al-quran sebab
ia cahaya penerangan untukmu di bumi dan sebutan nama mu di
langit. dan jagalah lidahmun kecuali dalam kebaikan sebab dengan
itu dapat mengalahkan syaitan."
Sabda Rasulullah lagi :
4 sifat yang tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:-
1.Diam dan ini ibadat yang pertama
2.Tawaduk
3.Zikrullah atau berzikir
4.Tidak berbuat kejahatan
Seorang hakim berkata : 6 sifat
yang menunjukkan kebodohan iaitu:-
1.Marah tidak pada tempatnya
2.Bicara yang tidak berguna, kerana itu seorang yang berakal
tidak berbicara kecuali jika penting dan berguna
3.Pemberian yang tidak pada tempatnya
4.Membuka rahsia kepada semua orang
5.Percaya kepada semua orang
6.Tidak membezakan antara kawan dan lawan kerana itu kita harus
mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk di taati dan
musuh untuk di awasi dan musuh yang utama ialah syaitan, yang
benar-benar harus di jauhi.
Rasulullah bersabda:
" 5 sifat yang tidak terdapat pada orang munafik.
1.Pengertian agama,
2.Berhati-hati dalam lidah,
3.Senyum di muka,
4.Nur ( terang) dalam hati
5.Cinta kepada kaum muslimin.
Yakya bin Aksam berkata :
"tiada seorang yang baik
perkataannya melainkan akan tampak dalam semua amalnya dan tiada
rosak perkataan seseorang melainkan akan tampak dalam semua amal
perbuatannya."
Lukhman al-hakim berkata kepada puteranya: hai anak, siapa yang
bersahabat pada seseorang yang jahat tidak selamat. dan siapa
yang masuk di tempat yang jelek akan tertuduh. dan siapa yang
tidak dapat menahan lidahnya akan menyesal.
Seorang hakim berkata :
Diam mengandungi 7,000 kebaikan dan
tersimpul dalam 7 kalimat dalam tiap kalimat seribu.
1. Diam itu ibadat tanpa susah payah
2. Perhiasan tanpa berkias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutup segala aib juga di sebut diam itu keindahanh bagi
orang alim dan penutup bagi yang bodoh.
Jasmani Anak Adam
Jasmani anak adam terbahagi kepada 3
iaitu hati, lidah dan anggota badan. Allah telah memuliakan
setiap bahagian tersebut, hati di muliakan dengan ma'rifat dan
tauhid. Lidah di muliakan dengan kalimah syahadah dan membaca
al-quran. Dan anggota badan yang lain di muliakan dengan
sembahyang, puasa dan ibadat2 lain. dan allah menyerahkan
bahagian2 itu pada pengawas dan pengawal di mana hati di awasi
oleh Allah sendiri sehingga tiada yang mengetahui apa yang di
dalam hati. lidah pula di serahkan kepada malaikat raqib dan
atiq.tiada melepas sepatah kata melainkan padanya pencatat raqib
dan atiq.anggota badan yang lain pula di serahkan kepada
perintah dan larangan dan masing2 di minta menepati dan jujur.
Maka kejujuran hati ialah tetap beriman. Kejujuran lidah tidak
berdusta dan tidak membicarakan apa-apa yang bukan
kepentingannya.Dan kejujuran anggota badan tidak digunakan untuk
maksiat dan tidak menganggu orang muslim. Maka siapa yang tidak
jujur hatinya bererti munafik dan siapa yang tergelincir
lidahnya maka ia kafir dan siapa yang tergelincir anggota badan
maka ia maksiat (berdosa).
Umar bin Alkhattab r.a berkata hai pemuda jika engkau dapat
menjaga 3 macam bahaya maka engkau terhindar dari bahaya
kepemudaanmu iaitu jika engkau menjaga lidahmu, kemaluanmu dan
perutmu.
Luqman Alhakim
Luqman Alhakim menceritakan kisah
seorang hamba yang disuruh oleh tuannya menyembelih kambing dan
menyediakan hidangan dari bahagian kambing yang paling baik.
Maka hamba tersebut menghidangkan hati dan lidah. Keesokkan hari
nya, tuan tersebut menyuruh hamba menyembelih kambing lagi
seekor dan menghidangkan bahagian yang paling busuk maka hamba
tadi menghidangkan hati dan lidah.Tuan tersebut hairan meminta
penjelasan dari hambanya.Hamba tersebut menjawab di dalam badan
tidak ada yang lebih baik dari hati dan lidah dan bahagian yang
paling busuk juga adalah hati dan lidah.
Muadz r.a
Muadz r.a pernah meminta nasihat
dari rasulullah s..a.w maka rasulullah berkata jagalah lidahmu
kerana ramai orang yang terjerumus ke dalam neraka jahanam tidak
lain hanya hasil dari lidahnya.
Sufyan Atstsauri berkata:
Bila saya
melempar seorang dengan anak panah maka itu adalah lebih baik
bagiku dari melemparnya dengan lidahku sebab lemparan lidah
tidak pernah luput.
Abu Said Alkhudri r.a berkata :
Tiap
pagi anggota badan anak Adam berpesan kepada lidah, hai lidah
kami tuntut engkau dengan nama Allah, jujur-jujurlah sebab bila
engkau jujur maka selamat kami semua dan bila engkau curang maka
kami celaka.
Nabi Isa a.s berkata :
Jangan banyak
bicara selain zikir kepada Allah, sebab banyak bicara
menyebabkan beku hati dan hati yang beku itu jauh dari Allah
tetapi engkau tidak mengetahuinya.
Seorang sahabat berkata:
Jika engkau
merasa keras hatimu dan lemah badanmu dan berkurang rezekimu
maka ketahuilah bahwa engkau telah bicara yang bukan
kepentinganmu.
Khasiat wudhu' sebelum tidur
(1) Rasulullahi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu')
maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun
nescaya Malaikat itu akan berucap Allahumagh fir li abdika
fulani fa innahu bata thaahirah "(Ya Allah ampunilah hamba mu si
fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci)
". (HSR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)
Penjelasan : Seseorang yang berwudhu' sebelum tidur, maka ia
tidur didalam keadaan suci dan apabila kemudian ia bangun, maka
malaikat turut membacakan doa untuk memintakan ampun orang
tersebut dari Allah SWT. Dengan hadits ini Rasulullah s.a.w.
memberikan semangat kepada kita supaya berwudhu' sebelum tidur
kerana Allah adalah Zat yang Maha Suci dan mencintai kesucian.
Oleh kerana itu, orang yang berwudhu' sebelum tidur adalah
orang-orang yang memenuhi panggilan Allah ini, iaitu menjaga
kesucian.
(2) Baginda Rasulillah s.a.w. bersabda:
"Syaithan mengikat tengkuk salah seorang diantara kamu ketika ia
tidur dengan 3 ikatan. Kemudian syaithan itu meniup tiap-tiap
ikatan dengan ucapan masih panjang waktu malam, kerana itu
teruslah tidur. Apabila ternyata ia bangun lalu dia mengingati
Allah, nescaya ikatannya itu akan terlepas. Jika ia berwudhu'
maka akan terlepas satu lagi ikatan dan jika ia sholat, maka
akan terlepas pulalah seluruh ikatan sehingga ia bangun dengan
badan yang bersih serta semangat yang segar. Tetapi jika dia
tidak bangun, maka perasaannya menjadi lemah lagi malas". (HSR
Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a)
Penjelasan : Setiap orang yang merebahkan dirinya untuk tidur,
maka pada saat itu syaithan akan mengikat 3 simpul talinya pada
diri yang bersangkutan . Apabila ternyata orang itu terus tidur
sampai kewaktu pagi bererti syaithan itu berhasil, tetapi
apabila ia bangun ditengah malam, kemudian dia ingat kepada
Allah, maka ikatan syaithan tersebut terlepas dan apabila ia
kemudian berwudhu' maka ikatan tali syaithan yang kedua terlepas.
Dan jika ia kemudian berdiri untuk solat malam, maka lepaslah
seluruh ikatan tali syaithan tersebut dan orang semacam ini akan
menikmati kesegaran badan dan kesegaran rohani pada pagi harinya,
sehingga rasa malas menjadi hilang. Semoga kita mendapat hidayah
dari sabda yang mulia Baginda Rasulullah s.a.w. ...insya-Allah...
Sahabat Sejati : Pesanan Al-Qamah kepada Puteranya.
Al-qamah pernah memberikan wasiat kepada puteranya...dan ia
berkata..
"Hai anakku, jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat dengan
seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini, iaitu
jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungimu,jikalau engkau
sahabat dia, ia akan merupakan hiasan bagi dirimu dan jikalau
engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia gemar pula mencukupi
kekuranganmu"
Galakkan Islam
Islam menggalakkan kita memilih
sahabat dari kalangan mereka yang mempunyai tahap keimanan dan
ketakwaan kepada Allah yang tinggi...dalam sebuah hadis...(maaf,
ana tak ingat riwayat siapa) ada mengatakan...pilihlah sahabat
yang apabila kita meminta bantuan..dia akan memberikan jasa
baiknya dengan rasa terharu....dan jika ia mengetahui keaiban
diri kita..dia akan berusaha untuk menutupnya....Dan juga
pilihlah sahabat yang apabila kita diam...dia akan menyapa kita
terlebih dahulu....dan seorang sahabat sejati akan meringankan
kesusahan yang kita alami...dan menghiburkan hati kita apabila
kita dilanda kesedihan.....
Pesanan Alqamah pada puteranya
....
Hai anakku...jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat...pilihlah
di kalangan mereka yang apabila engkau berkata-kata, dia akan
menegur dirimu apabila kata-katamu itu tidak benar...jikalau
engkau berselisih faham dengannya...ia akan mengalah untuk
kepentinganmu.."
Saiyidina Ali pernah
berkata..
"Saudaramu yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada
di sampingmu..Ia suka menerjunkan dirinya sendiri dalam bahaya
demi untuk kemanfaatan dirimu...."
Dalam hal bersahabat ini juga....ada
di ceritakan mengenai Luqman dan anaknya... kata Luqman.." hai
anakku, duduklah rapat-rapat dengan para alim ulama, eratkanlah
dirimu dengan kedua lututnya, kerana hati nurani itu dapat hidup
dengan adanya hikmat sebagaimana hidupnya bumi yang mati dengan
sebab adanya hujan yang lebat"
Dalam pergaulan seharian kita, sahabat-sahabat adalah penting...namun
begitu, adakah sahabat sedemikian rupa akan atau telah kita
temui pada masa ini? InsyaaAllah, sama-samalah kita perbaiki
diri....moga-moga...kita akan menjadi sahabat yang sejati...yang
dicintai.....dan dikasihi....aminn.
Sangka-sangka
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu keranan mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangaka kerana ia bakal memusnahkan
ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh
kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya
[Kembali
ke atas]
|