|

Hilangkan karat pada gigi
Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan
mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu
ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi
dengan kain atau berus gigi.Lakukan setiaphari dan InsyaAllah
anda akan dapat melihat kesannya.
Legakan Sakit kepala
Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara mengambil daun lemuni
hijau lebih kurang sekilogram dan dimasukkan kedalam sarung
bantal. Kemudian tidurlah diatasnya selama dua tiga hari.
InsyaAllah sakit kepala anda akan berkurangan dan anda akan
berasa segar.
Kurangkan kadar kolestrol
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak
zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap
kali mengmbil makanan berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya
akan dapat dirasai dalam masa seminggu.Ia juga dapat
menghilangkan pembentukan selulit.
Kulit Berkedut
Ambil sebatang lobak merah , bersihkan dan parut, setelah itu
campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung.
Bahan ini dikacau hingg sebati , setelah itu bolehlah dilumurkan
pada kulit muka. Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Cucilah
muka ketika hendak tidur dengan air suam. Amalkan Selalu
insyaallah berkesan.
Sakit Gigi
Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya.Salai seketika
diatas api dan sewaktu masih suam , gigit pada tempat sakit.
InsyaAllah sakit akan berkurangan.
Senggugut
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang
dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum.
Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula
kedatangan haid. InsyaAllah mujarab.
Petua Menghentikan Pendarahan
Ambil tembakau rokok dan tekapkan pada bahagian yang berdarah.
Waktu menekapkannya pada luka hindarkan dari terkena air.
Hasilnya , insyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka
tidak lagi terasa sakit.
Turunkan suhu Badan Bayi
Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari , telunjuk dan jari hantu),
baca bismillah dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut
kedalam beras. Genggam dan lepaskan beras dari genggaman kedalam
secawan air masak. Biarkan beras yang melekat pada ketiga jari
itu, dan makan beras tersebut. Gunakan air yang bercampur dengan
beras tadi untuk disapukan kebadan bayi. InsyaAllah suhu
badanbayi akan berkurangan.
Hilangkan Kesan Teh
Ambil saja sedikit ubat gigi dan sapu pada kole atau gelas yang
ada kesan berkarat dari teh. Ambil sehelai kain bersih dan
gosokkan padanya. InsyaAllah kesan teh akan hilang dengan mudah
dan gelas atau kole anda tidak akan tercalar.
Elak ikan melekat ketika digoreng
Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda
hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan
yang sedang digoreng. Selamat mencuba.
Menjadikan wajah berseri
Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum
wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan
tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk
halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak
digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis.
Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga
bersih.
Merawat bengkak usus
Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda
ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit
garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis.
Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum.
Amalkanlah.
Mengilatkan periuk
Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan
lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut
dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk
kesayangan anda berkilauan.
Menghilangkan jerawat batu
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan
muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil
beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan
pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat
batu anda akan hilang.
Rawatan jika terkena minyak atau air panas
Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua
bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum
itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.
Mengelakkan gula dimasuki semut
Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula.
Insyaallah semut akan lari.
Menghilangkan demam campak
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah
diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa
itu (boleh dicampur dengan air).
Karipap lebih rangup
Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat
liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum
mengadun marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang
telah disukat bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih.
Tuangkan minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah
seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan rangup dan enak.
Melegakan selsema bayi
Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian
sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu
diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan
tidur nyenyak.
Melembutkan daging
Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu
camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah
dicuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup
atau rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada
serbuk soda.
Menghilangkan parut luka
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan
kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil
sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan
hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga
kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya.
Amalkan sehingga kesan parut hilang.
Memudahkan mengopek kerang
Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk
mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan
menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh
apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di
sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah
apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak
kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka
sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.
Merawat penyakit buasir
Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk
mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil
berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian
tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali
sehingga berasa selesa.
Mengatasi bayi demam selepas disuntik
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali
disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik,
sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik.
Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda
keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.
Menghilangkan gatal getah keladi
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan
beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan.
Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa
menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian
luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah
siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama
beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.
Mempercepatkan pembekuan agar-agar
Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika
terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu
disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup
sejuk, isikan agar-agar didalamnya. Pasti hasilnya amat
memuaskan.
Mengelak kain batik daripada luntur
Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah
pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik
dan nampak baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik
dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan
kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci
seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.
Memudahkan bayi buang air besar
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam
jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak
pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga
pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari.
Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.
Cara merawat penyakit panau
Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau
ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk
lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda
akan perolehi hasilnya.
Menghilangkan bau nasi hangit
Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil
beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di
dalam nasi hangit - tutup semula tudung periuk. Pasti nasi
berbau harum.
Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan
makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di
dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran
pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan.
Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan
baik semula.
Menghentikan hidung berdarah
Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya,
berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera
pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan
sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan
cepat berhenti.
Kacang hijau cepat empuk
Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke
dalam periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak
terletak pada banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo
kacang, masukkan setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah
empuk, lepas tu bolehlah masukkan santan dan gula seandainya
membuat bubur kacang.
Cara membersih botol susu hingga berkilat
Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk
unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga
ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam
botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk.
Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih,
puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di
cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.
[Kembali
ke atas]
|